DiLea Open Tuition – SN_F2
26 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 26 Februari 2026, telah berlangsung DiLea Open Tuition – SN_F2. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:45 pm sehingga pukul 03:45 pm. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, pelajar belajar mengenai kesihatan manusian iaitu kata kunci iaitu penyakit berjangkit, penyakit tidak berjangkit, patogen, vektor, antigen, antibodi, serum, keimunan aktif, kemimunan pasif dan imunisasi. Selain itu, pelajar belajar perbezaan diantara penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit. Antara lain, pelajar belajar jenis-jenis penyakit bawaan seperti penyakit bawaan udara, penyakkit bawaan air, penyakit bawaan sentuhan dan penyakit bawaan vektor. Akhir sekali, pelajar belajar barisan pertahanan badan iaitu kulit, membran mukus, operasi fagositosis dan sistem keimunan badan.
Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak DiLea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: